Si KAWAN-KAWAN SEKALiAN

Monday, May 30, 2011

SLE .

SLE

Credit to Google

Apa itu SLE ?
SLE atau nama saintifik Systemic Lupus Erythematosus, sejenis penyakit Autoimmun yang boleh pengaruh setiap bahagian dalam tubuh kita.

Kurang faham ?
Okeh, camni. Penyakit ni akan menyerang sistem pertahanan tubuh kita ; immun badan, atau akan menyerang sel-sel badan kita dan menyebabkan kerosakan. Contoh : serang buah pinggang dan menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Macam mana dia serang ?
Dari pemahaman saya la kan, dia serang sebab atas fungsi antibodi badan yang tidak normal. Antibodi badan kita itu serang badan sendiri. 

Bahagian apa dia serang ?
Organ-organ penting dalam badan kita. Contoh : paru-paru, jantung, buah pinggang, kulit, saraf dan lain-lain.

Sebab apa dia serang ? Macam mana boleh kena serang ?
Setakat ini belum dikenalpasti apa punca utama penyakit ini. 

Siapa yang ber'potensi' untuk diserang ?
Perempuan. Sebab penyakit ini berlaku 9 kali lebih kerap berbanding lelaki, terutama dalam lingkungan umur 15-35 tahun. 

Adakah penyakit ini boleh menyebabkan kematian ?
Ya. 

Apakah tanda-tanda awal penyakit ini ?
- Demam
- Kurang Selera Makan
- Sentiasa berasa letih
- Sakit sendi
- Berat badan susut
- Rambut banyak gugur
- Ruam ( Butterfly Rash )
- Ulser mulur
* banyak lagi...

Sebab apa saya tulis entri pasal SLE ?

Sebab pertama :
Baru sahaja tadi saya ternampak kawan dalam facebook ditag oleh kawannya mengenai seorang perempuan meninggal akibat penyakit ini.


xxxxx MAAF POST TELAH DIPADAM BAGI MENGHORMATI KELUARGA SI MATI xxxxx

Inilah yang saya nampak dan sebab ini la saya ingin berkongsi dengan rakan blogger semua. Kita tidak akan jangka apa yang bakal berlaku kepada kita. Ini semua ketentuan daripada-Nya.
Apa yang kita perlu buat agar sama2 mendoakan dia biarpun berlainan agama dan pegangan. 


Sebab kedua :

Mungkin ramai daripada kamu tidak tahu yang sebenarnya saya sendiri menghidapi penyakit ini sejak berumur 14 tahun. :)
Saya kurang berkongsi mengenai hal ini dengan kawan-kawan bukan sebab malu tetapi kerana tidak suka berasa dikasihani atas penyakit yang saya alami selama hampir 6 tahun ini.
Bila saya dapat tahu dan disahkan menghidapi penyakit ini, pada awalnya memang sukar untuk diterima. Tapi Alhamdulillah, sekarang suda boleh baaaa :D hehehe
Awal-awal dulu memang la agak pedih. Mau tak pedih. 

Dulu ? Kemain lagi aktif sukan ini sukan itu.
Sekarang ? Ini tidak boleh itu tidak boleh. ( Salah satu pantang penyakit ini adalah tidak boleh berjemur dibawah matahari, sebab Sang Matahari akan membantu keaktifan penyakit ini )
Dulu ? Badan tidak secomel hari ini.
Sekarang ? Wah sungguh comel macam panda ! hahahaha

Okeh, bukan mahu merungut tapi ini lah yang sebenarnya berlaku. Tapi Alhamdulillah, selepas mendapat penyakit ini juga, banyak perubahan berlaku. :)

Dulu ? Seorang yang agak pentingkan diri.
Sekarang ? Paham-paham lerrr. hehe
dan
Dulu ? bla bla bla.
Sekarang ? bla bla bla.
Agak banyak jugak perubahan. Alhamdulillah lagi :)


Sebenarnya sudah lama simpan hasrat untuk berkongsi pasal penyakit ini, tapi baru sekarang dapat tunaikan. Itu pun selepas terbaca Sebab Pertama diatas tuuu.
Mungkin ramai antara anda semua tidak tahu penyakit ni sebenarnya dihidapi oleh Micheal Jackson. Maybe itu salah satu sebab kenapa dia meninggal. huhu.
Ramai lagi artis-artis ternama yang ada penyakit ni, macam Lady Gaga, Toni Braxton, Elaine Paige dan artis negara kita Anita Baharom.

So, kawan-kawan sekalian, janganlah malu dan takut untuk buat medical check up okehh.. :D
Cegahlah sebelum terlambat ~ :D



p/s : Kita tidak akan jangka apa yang berlaku dimasa hadapan. Biarpun pedih mana sekalipun sesuatu itu, cuba untuk terima dengan hati terbuka. Semua yang berlaku ada sebabnya :)

najz :)



2 comments:

Aweyn said...

okay now i know. jaga kesihatan ko bgus2 :(

NAJ said...

hehe. teda pa2 jgk ba.
owkeyh :)