Si KAWAN-KAWAN SEKALiAN

Friday, May 27, 2011

Sambutan Hari Guru Bersama Intan Ladyana :)

Assalamualaikum semuaaaa :D

Okeh, memandangkan saya meninggalkan sekejap dunia blog (alaa 2 hari jak pun mau kecoh), maka update hari ini saya bagi KAW KAW punya. Selamat menjamu mata :)

25hb Mei, iaitu kemarin, tiba-tiba jadi rajin dan bersemangat ikut mama pergi sekolah ( Sk Napong ) . Ya la, takkan mau duduk rumah terperap sepanjang masa sampai boleh jadi tapai. :P hehe. Ada sebab lain jugak ikut mama pergi sekolah dia. Kalau sekadar suka-suka tu, ohh memang jauh sekali mau datang. Tapi memandangkan sekolah mama buat sambutan Hari Guru peringkat sekolah, rajin la kononnya datang bagi sokongan. hehehe. Tapi agak kesian la jugak sekolah ni, sebab ni kali pertama dorang sambut Hari Guru. Semua guru-guru & murid-murid eksited gila ke tahap maximum ! fuh !

Akitviti x payah cakap la, memang banyak !

Firstly, awal pagi semua berkumpul seperti biasa, nyanyi lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku & Lagu Guru Malaysia :) Lepas semua selesai bagi ucapan ringkas, maka bermula la aktiviti-aktiviti yang dinanti-nantikan selama ini. hehe

Aktiviti yang pertama : Aerobik 

Aerobik Jangan x Aerobik . hihi

Ke kiri . . Ke Kanan. . Jangan Patah Pinggang. 
Biarpun berbaju sekolah, adik-adik sekalian sangat bersemangat. hehe
Pegang bahu, pusing depan.. pusing belakang. ewah.
Buat jangan tidak buat.
Aerobik ala-ala marah (cekak pingang), comel ( kepala senget ). haha
Semua tengah blur sebab ketua aerobik x tau mau buat apa. hehe
Mamaku kepanasan. hehe
Pacik baju MERAH paling Sporting & Aktif. ewaaahhh ~
Selepas selesai ber-Aerobik, buat pula aktiviti Bola Sepak ; Cikgu VS Pelajar .

Cikgu Perempuan VS Pelajar Perempuan
itu dia Nenek Perkasa menunjukkan tanda "Bagusss". Apa yg bagus tu ma ? hehe
Tendang sampai bola meletup. haha
Full time menunjukkan akhirnya kemenangan dirai oleh pihak guru dengan jaringan 2-0. yeah ! hehe. kalau cikgu lawan murid kompem la cikgu menang kaan . heee ;) Bola sepak Cikgu Lelaki VS Pelajar Lelaki tidak diketahui kerana saya sibuk bergossip bersama budak-budak. hahaha ! Gambar pun tara ada woo. hehe
okeh, lepas bola sepak, kita beralih kepada Boling Padang :) . Kalau sekolah dekat bandar main kat pusat boling, tapi sekolah luar bandar main dekat pusat padang. hehe. Boling padang kali ni ada sedikit kelainan. Jatuhkan botol tu biasa la, tapi untuk kali ini sesiapa yang jatuhkan botol( air berperisa ) tersebut maka itu la hadiahnya :) Mari kita lihat siapa yang kena .

Botol-botol disusun . Semua murid menelan air liur melihat botol air yang sedap.  Apa kan daya, permainan ini hanya untuk guru-guru sahaja . Adik-adik buat air sendiri. HAHA (Gelak kejam)
Baling jangan x baling. hehehe
Sekian sahaja gambar untuk Boling Padang ( ke-eksited-an menonton sehingga lupa untuk mengambil gambar ) hehe. 

Kita beralih pula kepada aktiviti seterusnya iaitu Belon Air . ( Skema skema skema ) . Mustahil la kalau korang semua tidak tahu macam mana permainan ini dimainkan. hehe. Nampak beno nipunyerrr ~

Si belon warna warni. Siapa x nampak , kahwin duda beranak 10. haha !
Ekcheli, kena bawa main tapi malu-malu kucing meaw. (uweksss!) HAHAHA !

Nexxxttttttt ;
Lari Dalam Guni .

Lompat si katak lompat. Lompat !

Laju gilaaks !
Okeh ni memang laju gilaaaa ! tidak sempat tangkap gambar banyak-banyak sebab dorang lari tersangat lajuuuuu ! Sepantas kilat gitu. ngahaha. Apatah lagi tangkap gambar guna Digital Camera, memang lambat la. Kan best kalau ada DSLR. ngeeeeehhhhh~ :P

Setelah penat berlari, maka cikgu-cikgu bagi peluang murid-murid yang eksited untuk mengambil bahagian dalam Kerusi Panas. Mau tidak panas, tengahari ni beb ! Kesian budak-budak tu, baju macam baru kena iron. hahaha. Pandai cikgu bagi aktiviti yang 'sesuai' untuk budak-budak ni kan. x ada la baju cikgu-cikgu macam kena iron nanti. hihihihi . kidding ! :P
Kerusi yang memang PANAS ! 

dan kemuncaknya !
aktiviti yang sangat menjadi HIGHLIGHT pada hari tersebut. ke-eksited-an menjadi 'TRAGEDI'. Yang mungkin tidak dilupakan sepanjang hidup. Saksikanlah video ini. (oh maaf gambar takda) . hehe


Sorry video agak tidak berapa memuaskan. Mesti hairan kan apa yang ada dalam video ini ? ekcheli, mama ku ( no 3 dari tepi, pakaian serba putih ) telah TER-eksiden semasa menaiki Upi Pinang. Siap tergolek 360 Darjah tuu. 3 kali pusing kalau tidak silap. gila lerr. Starting sudah 'Baik Punya' tapi last-last xda nombor pulakssss. Aiyo. Tapi mamaku okeh saja. Nasib baik mama ku sporting gilakk. Sebagai Guru Besar yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru, memang agak mustahil untuk melihat gelagat seperti itu. Tapi bagi mama ku, "Langgar Saja Ba". hihihi :P
Tiada kecederaan berlaku dalam video ini. Harap maklum. :)
yang Cannot-GoTAK-BOLEH-BLAH saya tidak berhenti ketawa. Wakaka. ( oi, anak jenis apa ni? ) haha. sorry la ma, lawak baa gia. hihi :P


Jam menunjukkan hampir pukul 1 petang, perut sudah bergendang gendong kerincing bongouuu , so tiba masa untuk mengisi perut-perut comel. weeee :) Seperti biasa sebelum makan, kena la baca doa kan. Bismillah. :)
Makanan sudah terhidang, apa lagi kita seraaaaaaaaang !

Burp ! oh pardon me. ecehhh ~ :P
Sebagai penutup majlis hari ini, guru-guru pulak bertukar-tukar hadiah. Mesti semua hairan, kenapa sy letak tajuk entri ' Sambutan Hari Guru Bersama Intan Ladyana'  kan ? Nak tahu kenapa ?
Jenggg Jenggg Kejejengggggggg !
(buruk beno bunyinya)

My Mama & Intan Ladyana bertudung :)
Haaaaaaaa ! Ini la Intan Ladyana yang dimaksudkan. hihi. Garau jaaa. ekcheli ini ustazah di sekolah mamaku. Nama dia Ustazah Sue. Ore Qlate deh. hihi. Ada iras Intan Ladyana tak ? ada kan ? kan ? hehe :)

Oke la, sampai sini sahaja entri untuk kali ini. Harap-harap mata korang kenyang tengok entri ni. hihi :)
Sekian,

p/s : tiba-tiba rasa ingin menjadi Cikgu pulak. oops ! haha
najz :)

2 comments:

Muhammad Syazwan said...

panjang bah kau karang .
hahaha :P

NAJ said...

alaaa, panjang ka pulak. haha
bah kasi rajin2 baca jak. :P
hahaha