Si KAWAN-KAWAN SEKALiAN

Thursday, December 17, 2009



You are my Sunshine,
My only Sunshine,
You make me happy,
When skies are grey,
You never know dear,
How much I LOVE YOU,
So please don't take my Sunshine away.
=')

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Baiklah,hari ini semangat blogging saya agak lain sikit.sebab kenapa?saya pun tidak tahu.mungkin kerana dipengaruhi oleh orang-orang sekeliling.
Saya ingin bertanya kepada anda semua berdasarkan situasi2 dibawah:

Situasi 1 :
Boyfriend ; Sayang,i nak you jangan SMS orang lain.
Girlfriend ; Eh,pasal apa pulak?
Boyfriend : Sebab nanti i cemburu.
Girlfriend : Eh x best la kalau macam tu,nanti kawan2 i cakap apa? Lebihkan boyfriend pulak.
Boyfriend : Biar la diorang tu. Suka hati la nak lebihkan boyfriend,sebab kita kan dah bersama,so diorang kena faham situasi kita.
Girlfriend : Mana boleh macam tu,nanti diorang tak nak kawan dengan i lagi. Nanti i tak ada kawan lepak,kawan shopping. Macam mana?
Boyfriend : I kan ada.
Girlfriend : Eleeh,you kadang2 sibuk,sibuk,sibuk. Bukannya selalu datang tempat i.
Boyfriend : Ah,lantak la kau.
Girlfriend : Eh marah pulak? Yalah2,i tak SMS orang lain dah.
Boyfriend : Okay ^_^

Rumusan : Si Boyfriend x maw girlfriendnya mengSMS orang lain selain dia. Patutkah dia bertindak begitu? Adakah keputusan si Girlfriend x mahu SMS orang lain adalah keputusan yang betul? Anda ingin hilang kawan atau hilang Boyfriend? Ataw kedua-duanya sekali?


Situasi 2 :

Girlfriend : Sayang pergi mana tadi? i dah lama tunguu mesej you tawwww~(gaya manja) :P
Boyfriend : Sorry2,i pergi main futsal tadi kat bandar,i tak sedar handphone i tertinggal.
Girlfriend : Eh,pagi tadi cakap nak cancel dating kita ari ni sebab ada benda nak buat kat rumah.
Alih2 pergi main futsal pulak??
Boyfriend : Sorry la sayang,i tak plan pun nak pergi main futsal ari ni. Dollah yang bawa i sebab ada team nak lawan kitorang. Berlangak sangat team tu,so i tak puas hati la. Game on. hehe
Girlfriend : Oo,jadi you lebihkan diorang dari i lah?
Boyfriend : Bukan,bukan macam tu. I nak bagitau you tapi i tak sempat. Dollah da tunggu depan rumah. Dia singgah i,so,i macam kelamkabut.
Girlfriend : So?? ni alasan you?? Benda yang nak buat kat rumah pun you tak buat?? Janji2 nak dating pun tak jadi?? Futsal punya pasal,ANYTiME je?????
Boyfriend : Eh you ni,tak pandai faham i betul lah. I kan da cakap tadi i tak rancang pun nak pergi main futsal tu.
Girlfriend : Ah sudah la. I malas nak layan you. You selalu janji kosong. I dah penat dengan semua ni.
Boyfriend : Hah bagus la,i pun dah penat dengan you. tak pandai faham situasi orang lain.

Rumusan ; Si Boyfriend tidak bagitau kemana dia nak pergi.Si boyfriend tak fikir pasal perasaan orang lain. Dia mengikut hati sendiri saja. Patutkah mereka terus menjadi Couple? Tidak ada persefahaman. Tetapi hati masih sayang.


Situasi 3 :

Ex-Boy : I lebih suka you pakai tudung.
Ex-Girl : Yakah? Kenapa pulak?
Ex-Boy : Sebab you nampak sweet sangat kalau pakai tudung.
Ex-Girl : *tersipu2 malu* oh. hehe
Ex-Boy : I nak you pakai tudung,boleh tak?
Ex-Girl : Erm,tapi kalau nak pakai tudung kan kena ikhlas dari hati sendiri. kan?kan?
Ex-Boy : Memang la macam tu. Nanti kalau you dah pakai tudung,i nak kapel balik dengan you.
Ex-Girl : Tapi i belum rasa nak pakai lagi la. I takut nanti alih2 x tahan lama,i dah bukak balik tudung. Yalah,mulut orang kan tak boleh kena tutup. I tak suka kena jadi bahan gosip.
Ex-Boy : You nak kapel dengan i ke tak ni?Kalau nak,you pakai. Kalau x,i tak nak you.
Ex-Girl : *Ragu-ragu*
Ex-Boy : Nak ke tak?
Ex-Girl : Yalah2,i pakai. You janji jangan tinggalkan i lepas ni tau.
Ex-Boy : Okay.
*****Akhirnya,Kapel*****

Rumusan : Adakah tindakan si Perempuan itu betul??? Dia sanggup melakukan segalanya dengan perasaan ragu2 hanya kerana seorang lelaki. Adakah situasi ini akan bertahan lama? Bagaimana pula jika mereka ditakdirkan untuk tidak bersama? Adakah si Perempuan akan terus memakai tudungnya?
Penghijrahan haruslah dengan hati yang ikhlas kerana-NYA. Bukan hanya kerana ingin memiliki cinta seseorang itu. Niat ikhlas kita akan terhapus.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Saya menulis entri diatas berdasarkan perkara yang berlaku disekeliling saya ketika ini.
Sorry kepada sesiapa yang terasa.
Ampun maaf dipinta.
hehe.

Bercakap tentang memakai tudung.
rasanya masa belum sampai lagi.
Ingin memakai tudung dengan ikhlas sepenuh hati.
Suati hari nanti,pasti akan tiba jua.
hehe.
:D
lalala~

tQ.

2 comments:

Aweyn said...

sy pun...skrg mcm blm tbuka hati lg mau pkai tudung.hmm

NAJ said...

yiaa.
blm smpai masanya.
hurmmm .....